Shaheizy Sam Mahu Bertukar Karier?

Bakat yang dimiliki oleh pemilik nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad bukan sahaja tertumpu dalam bidang lakonan sahaja, malah dia juga boleh menyanyi.
Ini terbukti selepas filem terbaru Sam berjudul “Aku Ada Kau Ada” memerlukan dirinya menyanyikan lagu tema filem tersebut. Malahan lagu yang sudah dimainkan di corong-corong radio turut menerima sambutan baik daripada peminat sehingga berjaya memasuki carta program “Muzik-Muzik”.
“Kalau diikutkan, minat saya sejak dari kecil adalah untuk bergelar sebagai penyanyi. Namun apabila sudah dewasa, tawaran berlakon muncul dan menyanyi pula tiada. Oleh itu saya pendamkan sahaja niat ini. Namun sekiranya ada yang meminta saya untuk menyanyi secara serius, rasanya tidak mungkin. Saya tak mampu untuk menandingi penyanyi yang ada di Malaysia kerana majoritinya ramai yang hebat,” ujar Sam ketika ditemui di majlis kesyukuran “Adnan Sempit 2? di Subang Jaya baru-baru ini.
Tidak mahu dianggap ‘main rembat’ semua tawaran filem, aktor berusia 29 tahun ini memberitahu dia amat teliti dalam memilih filem sebelum membuat keputusan untuk menerimanya.
“Sebenarnya saya akan meneliti skrip filem terdahulu sebelum bersetuju. Jika skrip bagus, tiada sebab untuk saya menolaknya. Skrip bagus itulah yang mampu memberikan pelakon gambaran bagi babak yang diinginkan.
“Disebabkan kelebihan yang ada pada “Adnan Sempit 2? dan juga sokongan daripada para peminat, filem ini telah berjaya dengan kutipan yang cukup memberangsangkan,” jelas Sam yasng cukup bersyukur dengan kejayaan filem terbitan Metrowealth ini.
Artikel Asal

Michael Schumacher & Nico Rosberg Temui Peminat Di KLCC

Bagaikan satu mimpi indah buat peminat MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1 apabila dapat bertemu secara serampang dua mata bersama Michael Schumacher & Nico Rosberg di ruangan Concourse, KLCC petang tadi.
Lebih kurang 1000 peminat membanjiri ruangan Concourse untuk sesi ‘meet and greet’ bagi mendapatkan tandatangan eksklusif bersama kedua-dua pemandu bertaraf dunia ini. Selain itu, peminat turut berpeluang mendapatkan cenderahati yang dijual dengan harga berpatutan di ruangan yang sama.

Kedatangan mereka turut disambut dengan pameran PETRONAS Malaysia Grand Prix yang berlangsung sehingga 25 March 2012. Unik sekali, peminat boleh melihat kereta F1 milik MERCEDES AMG PETRONAS ini digantung di ruangan masuk Dewan Filharmonik.Ia memberikan pandangan daripada bawah supaya anda lebih memahami teknologi aerodinamik yang menjadi kebanggaan pasukan ini.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat bahagian bawah kereta F1 ini kerana peluang ini hanya muncul sekali sahaja. Atau, anda hanya akan bernasib baik apabila kereta F1 terpelanting di atas litar.
Projek yang diberi nama ‘The Suspended Formula 1 Cars’ , menggunakan binaan rangka struktur besi yang melihatkan 20 jurutera dan juruteknik. Difahamkan, mereka menggunakan masa selama 14 hari untuk menghasilkan fabrikasi, ujian dan memasang. Tonton video untuk keterangan yang lebih lanjut.
Artikel Asal

Jadual Gaji Baru SSM 2012 – Gaji Baru Kakitangan Awam

Manurut sumber, jadual gaji baru SSM 2012 ini telah di rangka oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di syeksen kewangan. Dalam jadual gaji baru 2012 ini kami hanya menyediakan tangga kenaikan gaji dari gred n17, W17, 44, 48 dan 52.
Namun demikian bagi gred 17 mereka hanya mendraftkan hingga T8 memandangkan tangga gaji gred 17 tertalu banyak.




Nota : anda juga diminta untuk menyemak dan kira gaji selebihnya, sebab mereka tidak memberikan selengkap nya ini kerana seperti gaji gred 17 tangga gajinya banyak dan berjela. Selain itu jika ada kesalahan sedikit itu biasa, mohon anda menyemaknya lebih telus. Perlu juga diingatkan matriks sebenar jadual kenaikan gaji baru SSM belum dikeluarkan oleh JPA, sekiranya mereka  mendapati ianya telah dikeluarkan,  insyallah mereka akan kongsikan dalam blog mereka DISINI.
Sumber : Forblogger.net Dan Decrewz
Artikel Asal

Youtube Malaysia Dilancarkan

Youtube Malaysia telahpun dilancarkan secara rasminya di The Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.  Domain YouTube.com.my kini sudah pun kelihatan aktif, dan membawa kepada laman utama YouTube. Ini sekaligus memperlihatkan pelancarannya yang semakin hampir.
Melalui pelancaran YouTube versi tempatan tersebut, ia bakal menawarkan pencarian dan penemuan kandungan tempatan dengan lebih mudah, disamping membawakan YouTube Partners kepada para pengguna dan mereka yang menghasilkan kandungan video di Malaysia.
Semoga kemudahan yang kita peroleh ini akan dapat digunakan untuk kebaikan sebaik mungkin. Maklumlah, zaman dah berubah dan Youtube adalah salah satu medium terpenting untuk menyebarkan maklumat. So, biarlah berpada-pada.
Artikel Asal

Hillary Duff Dikurniakan Bayi Lelaki, Namakan Anak “Luca Cruz Comrie”

Bertuah badan, selebriti dari Hollywood ini, Hillary Duff, telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lepas. Bayi hasil perkahwinannya dengan bekas pemain hoki ais ini dilahirkan sihat dengan berat sebanyak 7 paun.

Dia yang mempunyai pengikut Twitter melebihi 1 juta orang telah mengumumkan berita baik ini semalam dan Hillary Duff kelihatan sangat gembira berdasarkan ‘tweet’ yang dihantarnya.

Buat masa ini, masih tiada lagi gambar anak lelaki Hillary Duff dimuatnaik. Kita tunggu ya!
Artikel Asal

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/ 2013

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2012 mulai 25 april 2012. Lepasan SPM 2011 yang telah mohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013  boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi
Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;
Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.
Artikel Asal

Irma Hasmie Dan Rezza Bertemu Jodoh Di Hadapan Kaabah

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Irma Hasmie dan tunangnya, Rezza boleh bertemu. Rupa-rupanya mereka berdua ditemukan semasa mengerjakan umrah. Irma telah bertemu ibu Rezza di hadapan Kaabah dan daripada situ perkenalan mereka bermula.

Kata Irma:-
Alhamdulilah, tidak sangka dengan perkenalan dan pertemuan yang singkat kami sudah tiba peringkat pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini.Pertemuan saya dan dia di hadapan Kaabah memang tidak dirancang. Kerana di situlah saya berjumpa dan mengenali ibunya dan Reza yang ketika itu turut mengerjakan Umrah bersama. Alhamdulillah, Tuhan telah mempermudahkan hati saya untuk menerimanya tanpa rasa ragu-ragu.
Paling menarik ialah sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah, ibu Rezza terus menghantar rombongan merisik. Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Irma kepada kedua ibu-bapanya. Sekarang ini mereka berdua hanya menunggu hari pernikahan iaitu 1 Julai kelak.

Kata Irma lagi:-
Saya tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh di tanah suci, tetapi saya sentiasa berdoa agar diberikan yang terbaik daripadaNya.
“Lebih menggembirakan saya, apabila jodoh saya ini telah restui daripada kedua-dua belah keluarga dan kmereka jugalah yang menguruskan serta merancang segalanya untuk kami. Saya dapati, Reza seorang yang mempunyai personaliti serta cara komunikasi yang bagus.Malah saya sendiri selesa bila bersamanya.
Apa pun jutaan tahniah kepada Irma Hasmie yang akhirnya bakal mengakhiri zaman solonya. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin. Kredit info Murai.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Artikel Asal

PRU 13 – Pilihan Raya Umum 2012


Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin hangat. Boleh di rasakan semakin hampir. Terlalu hampir. Tapi bila, itu hanya ada dalam ilham Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun begitu, Baru ini difahamkan bahawa Pakatan Rakyat mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas. Apa jua keputusan tarikh pilihan raya umum ke 13 kita nantikan sahaja nanti titk besar politik malaysia ini nanti.
Artikel Asal

Kerana SNSD, “Petronas Towel” Trending No 3 Dunia

Trending yang menjadi ikutan ramai sehingga menduduki ranking no 3 dunia berikutan kesilapan laman rasmi SNSD (Girls’ Generation) yang menyatakan lokasi “Petronas Tower” sebagai “Petronas Towel”.
Selain itu, insiden yang tidak dijangkakan ini telah dimuatkan naik ke laman perkongsian jenaka popular, 9gag sebentar tadi.
Kumpulan pos sensasi Korea telah membangkitkan hype di kalangan peminat tempatan apabila mereka akan membuat kunjungan sempena konsert percuma Twin Tower @Live 2012 bersama Kelly & Orianthi pada 24 March 2012. Menurut kelab peminat SNSD, 9 anggota kumpulan bakal mendarat di KLIA sekitar petang, hari ini. Dijangkakan ribuan peminat bakal menyerbu lapangan terbang ini demi melihat dengan lebih dekat wajah artis kegemaran mereka.
Bagaimanapun, insiden ini boleh dilihat sebagai salah satu promosi untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dan, sudah tentu acara PETRONAS Malaysia Grand Prix tahun ini lebih bermakna dengan selingan jenaka seperti ini.
Artikel Asal

My Pinky Moments Contest

my pinky moment satu lagi contest anjuran Bro Eryqazz.com….contets ni agak lain dari yang lain sebanarnya sebab tu lah aku tertarik untuk turut serta dalam contest ni…agak lama juga aku x join contest sejak contest dari denaihati….
bukan apa…sebenarnya aku dah trauma bila contest yang melibatkan like dan undian ni…aku rasa bukan aku jer yang trauma dengan contest like ni malah aku yakin 90% perserta akhir contest gadget impian denaihati ni turut rasa apa yang aku rasa….
nampak jer contest yg pemenang berdasarkan like jer terus aku tak der mood nak join..hehe..betapa siksanya dan tebalnya muka untuk meraih undian dan jumlah like sampai terbawa-bawa dalam kelas oleh member2 yang suka mengejek…kalau popular tu lain la….
oke…aku tak nak membebel banyak untuk entry contest ni cuma just nak shared satu picture yang aku rasa aku dalam mood pinky…
dalam pic tu aku memakai baju warna pink yg cukup menyerlah dan merupakan kali pertama dalam seumur hidup aku memakai baju warna pink..sebenarnya baju tu terpaksa aku pakai untuk majlis wedding my cousin yg bertemakan warna pink…so aku sbg salah sorang org kuat majlis terpaksa lah menyakinkan diri bahawa pakai baju pink itu cukup seksi dan macho…heheh…
apa pun perasaan pakai baju pink cukup mengghairahkan sebenarnya…x caya? try lah pakai..heheh
” Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com , Enveeus.Com dan Syokkahwin.Com
dengan itu…aku mengumumkan aku telah pun join contest My Pinky Moments Contest. anda macam mana? x nak join? masih sempat lagi ni..last 31 mac 2012….
Artikel Asal

Foto: Filem “Ombak Rindu” Diabadikan Dalam Bentuk Setem!

Terkejut OHBULAN! apabila mendengar bahawa kini filem “Ombak Rindu” boleh dilihat di setem keluaran Pos Malaysia!
Kalau sebelum ini, “Ombak Rindu” adalah filem yang dihasilkan melalui novel tulisan Fauziah Ashari, kini setem “Ombak Rindu” pula dicetak melalui filem arahan Osman Ali, ironik kan?
Menurut Meow.my, melalui kerjasama antara Tarantella Picture, Astro Shaw dan Pos Malaysia, setem edisi terhad ini telah dicetak sebanyak 1000 unit album setem dan folder koleksi. Setem ‘Ombak Rindu” edisi terhad ini telah mula diedarkan di 14 Pos Laju terpilih di seluruh Malaysia. Anda boleh dapatkannya bermula hari ini, 25 Mac 2012.
Namun bagi yang tidak berkesempatan untuk keluar membeli, anda boleh layari Postme.com.my dan terus beli dari sana. Kepada pengumpul setem di seluruh Malaysia, jangan teragak-agak pula ya untuk membeli setem edisi terhad “Ombak Rindu” ini!

Artikel Asal