Foto: Filem “Ombak Rindu” Diabadikan Dalam Bentuk Setem!

Terkejut OHBULAN! apabila mendengar bahawa kini filem “Ombak Rindu” boleh dilihat di setem keluaran Pos Malaysia!
Kalau sebelum ini, “Ombak Rindu” adalah filem yang dihasilkan melalui novel tulisan Fauziah Ashari, kini setem “Ombak Rindu” pula dicetak melalui filem arahan Osman Ali, ironik kan?
Menurut Meow.my, melalui kerjasama antara Tarantella Picture, Astro Shaw dan Pos Malaysia, setem edisi terhad ini telah dicetak sebanyak 1000 unit album setem dan folder koleksi. Setem ‘Ombak Rindu” edisi terhad ini telah mula diedarkan di 14 Pos Laju terpilih di seluruh Malaysia. Anda boleh dapatkannya bermula hari ini, 25 Mac 2012.
Namun bagi yang tidak berkesempatan untuk keluar membeli, anda boleh layari Postme.com.my dan terus beli dari sana. Kepada pengumpul setem di seluruh Malaysia, jangan teragak-agak pula ya untuk membeli setem edisi terhad “Ombak Rindu” ini!

Artikel Asal

No comments:

Post a Comment