Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Tips Percintaan Selepas Berkahwin

Kesibukan sebagai ahli perniagaan untuk produk kecantikan Simplysiti tidak merencatkan perjalanan sosial Dato’ Siti Nurhaliza apabila beliau muncul di pelancaran Music Carnival 2012 anjuran CD-Rama yang berlangsung mulai 14-25 Mac 2012 di 1Utama.

Apatah lagi, kemunculan beliau turut dititipkan dengan khabar bahawa rekod jualan album Inggeris pertama berjudul “All Your Love” telah terjual sebanyak 2 juta salinan dalam masa 2 minggu selepas tarikh pelancaran pada September 2011.

Di kesempatan ini, rakan media Venusbuzz sempat bertemu dengan Dato’ Siti Nurhaliza dimana beliau telah berkongsi tips percintaan selepas berkahwin.

“Kebiasaanya bagi seorang wanita, suami yang diidamkan amat berlainan dengan jodoh. Jalan yang terbaik adalah kita harus memilih lelaki yang tahu menghargai, tahu mencintai kita sebagai seorang wanita. Jangan sesekali membiarkan lelaki mengambil kesempatan ke atas kita,” ujar Dato’ Siti Nurhaliza sambil ketawa kecil.

“Selain itu,  pasangan suami isteri harus jujur dan hormat antara satu sama lain. Kedua-dua pihak mesti mendahulukan aspek positif kehidupan masing-masing agar keluarga lebih bahagia. Ya, tidak lupa untuk melontarkan pujian kepada pasangan anda,” katanya lagi.

Tambah Dato’ Siti Nurhaliza, “Seorang wanita pula harus menjaga nilai feminin kerana itulah yang membezakan kita dengan lelaki. Bergantung kepada situasi, wanita harus bersikap tegas dan bersabar dengan dugaan yang dihadapi.”

Nota : Artikel ini diolah semula daripada Exclusive Interview : Dato’ Siti Nurhaliza on Love and Men


Artikel Asal

No comments:

Post a Comment