Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2012

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2012 bagi lepasan SPM 2011. Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) .
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992
3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
4. Calon hendaklah aktif dalam Kegiatan Ko-Kurikulum
Untuk keterangan lebih lanjut boleh ke sini
KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
2 STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan (Lapan Belas Bulan/Tiga Semester)
2.2 Program Ijazah (Empat Tahun/Lapan Semester)
3 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2012  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1992.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.
DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran yang berikut:
3.5.1    Bahasa Melayu
3.5.2    Sejarah
3.5.3    Satu mata pelajaran yang lain
serta;
3.5.4   lulus Bahasa Inggeris
3.6 Memenuhi syarat  dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
4 PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4.1.1   Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
4.1.2   Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama lapan belas bulan/tiga semester di institusi berkenaan.
4.1.3   Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun/lapan semester di Institut Pendidikan Guru  yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
PERMOHONAN
Untuk memohon , mereka yang berminat boleh ke link INI
PENDAFTARAN
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):
BIL PROGRAM TARIKH DAFTAR
1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) 18 Jun 2012
Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon
Artikel Asal

No comments:

Post a Comment