Post Event : 12 Jam Tanpa Henti Future Music Festival Asia


Future Music Festival Asia, festival muzik terbesar di Malaysia seiring dengan pembukaan rasmi minggu Malaysian F1 Grand Prix menyaksikan perhimpunan seramai 20 000 peminat di Litar Antarabangsa Sepang sejak pagi Sabtu lepas.
Ramai orang mula membanjiri 2 pintu masuk utama yang disediakan. Ia merupakan pemandangan yang jarang kita lihat, dimana para peminat muzik sanggup berada di bawah terik panas matahari dengan pakaian serta kostum yang unik. Ia memberikan reflek kepada atmosfera festival yang ceria dan riang.

Festival kali ini juga menyaksikan orang ramai yang hadir daripada seluruh Asia – Singapura, Thailang, Indonesia, Filipina dan India. Tak lupa, para pelancong daripada seluruh Eropah, Amerika dan wakil daripada Australia, tempat asal Future Music Festival.
Festival ini dimulakan dengan perasmian daripada Menteri Pelancongan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen. Memetik kata-kata beliau, dia menyuarakan agar festival ini beroleh kejayaan yang tinggi supaya ia bisa menjadi panduan kepada acara-acara muzik dan festival yang akan datang.

“Kita sudah berjaya menjadi hos kepada beberapa festival muzik bertaraf antarabangsa seperti Rainforest World Music Festival, Penang World Music Festival dan Borneo International Jazz Festival. Future Music Festival Asia sudah tentu menjadi acara yang dinantikan dalam kalendar kelak,” kata beliau lagi.
4 pentas – Flamingo, Las Venus, Future dan Gnome, termasuk beberapa lokasi permainan seperti Ferris Wheel & Reverse Bungee, memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung. Permainan interaktif turut disediakan seperti tarian hip hop, simulator kereta dan ruangan rehat untuk pengunjung. Selain itu, sebuah dinding grafitti disediakan dimana artis berpeluang menunjukkan hasil seni mereka kepada orang ramai. Barisan booth di Food Village dan penaja, MINI merupakan tarikan kepada pengunjung juga.

70 penghibur yang datang daripada pelbagai genre memberikan persembahan hebat bermula pukul 2 petang sehingga tamat pada pukul 3 pagi. Festival ini sudah tentu menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh sekalian peminat muzik yang hadir pada hari tersebut.
Acara malam dimulakan dengan persembahan oleh Tinie Tempah, rappers popular daripada United Kingdom yang sering diiringi dengan chorus suara penyanyi pop atau rock. Beliau muncul dengan persembahan hebat, aktif di atas pentas tanpa rasa penat.

Pendulum, kumpulan drum dan bass yang berasal daripada Australia, muncul versatil – bermula dengan kegilaan rentak heavy metal kepada dub step. Kombinasi rentak dan melodi yang berubah-ubah ini mendapat sambutan hebat daripada penonton dan sekaligus berjaya mengubah persepsi orang ramai mengenai DJ.
Future Music Festival Asia adalah anjuran bersama Livescape Asia dan Future Entertainment Australia. Festival ini turut mendapat perhatian daripada Kementerian Pelancongan Malaysia serta disokong oleh Mini Cooper, Red Bull dan Heineken.

Untuk maklumat lanjut, halakan kursor anda ke http://www.futuremusicfestival.asia/ atau http://www.facebok.com/futuremusicasia.
Artikel Asal

No comments:

Post a Comment