Produser Tagih Filem Dipuji

Satu pengalaman yang menjelikkan apabila seorang produser yang pelat bahasanya menagih pujian daripada teman-teman media bagi setiap filem yang dihasilkan. Sama ada filemnya bagus atau tidak, kritikan adalah sesuatu yang amat pantang untuk dia dengari.

Sumber memberitahu OHBULAN!, perangai produser ini memang jenis pilih bulu. Kalau suka, dia akan layan sebaik mungkin. Kalau tidak ‘ngam’, sebelah mata sahaja dipandangnya.

Box-office tidak semestinya sempurna, cuma ia menepati citarasa dan trend penonton sahaja. Tak dinafikan, ada filemnya yang bagus sehingga mencapai kutipan box-office. Namun daripada segi kesempurnaan ia sering mengundangkan keluh-kesah di kalangan kami.

Mungkin juga minda penonton tempatan yang suka disogokkan dengan filem murahan menjadikan produser ini mengutamakan keuntungan berlipat ganda. Tak salah, tapi seharusnya produser itu bersikap lebih terbuka apabila kritikan disampaikan oleh penonton yang lebih analitikal.

Sumber turut menyatakan, “Kalau dengan produser ni, kita memang tak boleh kacau filem dia. Semua filem dia kena tunjuk isyarat ‘best’. Memang selalu kena cakap, ‘Yes bos, you punya filem memang best sangat-sangat.”

Kalau pujian yang ditagihkan, memang pujianlah yang kami bagi. Ikhlas atau tidak, itu terpulang. Cheers!


Artikel Asal

No comments:

Post a Comment