Video : Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya Secara Live

Rakaman amatur memaparkan sneakpeak lamaran Awal Ashaari terhadap Scha Al-Yahya yang dilakukan secara live melalui program hiburan Propaganza di Astro Ria, baru-baru ini.

“Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, sudikah awak menjadi yang halal buat saya?”, antara ungkapan yang diucapkan oleh Awal kepada Scha.

Scha terpinga-pinga, seakan tidak percaya dengan lamaran yang dilakukan oleh Awal bertanya apa yang harus dia lakukan. Kemudian, suara di belakang kamera menjerit, “kahwin lah!”

Scha kemudiannya menerima lamaran Awal Ashaari.

Video ini mungkin bakal dibuang dalam masa beberapa saat lagi, jadi cepat rebut peluang untuk mengubat kehampaan ekoran terlepas menonton slot “sweet time” ini sementara masa masih ada.

Sebuah sidang media akan diadakan pada 27 Mac 2012, nantikan update seterusnya.


Artikel Asal

Melia Aimiellia & Blog Berdamai?

Isu video bogel yang disyaki melibatkan pelakon Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia seperti yang dipaparkan dalam beberapa laman hiburan tempatan dipercayai akan menemui jalan penyelesaian dalam sebuah sidang media yang bakal berlangsung pada petang Jumaat ini.

Menurut sumber yang enggan dikenali, sidang media tersebut turut melibatkan persatuan tempatan dan sebuah blog yang terlibat secara langsung dalam penyiaran berita tersebut.

Difahamkan, Melia Aimiellia & pemilik blog berkenaan sudah berdamai dan sidang media berkenaan diadakan untuk mewar-warkan khabar baik berkenaan.

Beberapa minggu lepas, Melia Aimiellia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ingin bertindak menyaman blog yang terbabit dalam sebuah akhbar. Kemudian, sebuah akhbar tabloid menayangkan video temubual bersama penulis blog terlibat bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Andai kata benar berita ini, maka OHBULAN! mengucapkan tahniah kepada kedua-dua belah pihak yang berjaya menyelesaikan masalah berkenaan.


Artikel Asal

Produser Tagih Filem Dipuji

Satu pengalaman yang menjelikkan apabila seorang produser yang pelat bahasanya menagih pujian daripada teman-teman media bagi setiap filem yang dihasilkan. Sama ada filemnya bagus atau tidak, kritikan adalah sesuatu yang amat pantang untuk dia dengari.

Sumber memberitahu OHBULAN!, perangai produser ini memang jenis pilih bulu. Kalau suka, dia akan layan sebaik mungkin. Kalau tidak ‘ngam’, sebelah mata sahaja dipandangnya.

Box-office tidak semestinya sempurna, cuma ia menepati citarasa dan trend penonton sahaja. Tak dinafikan, ada filemnya yang bagus sehingga mencapai kutipan box-office. Namun daripada segi kesempurnaan ia sering mengundangkan keluh-kesah di kalangan kami.

Mungkin juga minda penonton tempatan yang suka disogokkan dengan filem murahan menjadikan produser ini mengutamakan keuntungan berlipat ganda. Tak salah, tapi seharusnya produser itu bersikap lebih terbuka apabila kritikan disampaikan oleh penonton yang lebih analitikal.

Sumber turut menyatakan, “Kalau dengan produser ni, kita memang tak boleh kacau filem dia. Semua filem dia kena tunjuk isyarat ‘best’. Memang selalu kena cakap, ‘Yes bos, you punya filem memang best sangat-sangat.”

Kalau pujian yang ditagihkan, memang pujianlah yang kami bagi. Ikhlas atau tidak, itu terpulang. Cheers!


Artikel Asal

Russell Peters, Pelawak Terkenal Bakal Jejak Kaki Di Malaysia?

7 jam lepas, The Comedy Club KL telah melayangkan status Facebook yang berbunyi, “SOMEBODY’S GONNA GET HURT REAL BAD” dimana ia menjurus kepada tagline popular milik pelawak terkenal, Russell Peters.

Dikhabarkan juga, Russell Peters bakal menjejakkan kaki membuat persembahan di Malaysia pada Mei 2012. Tiada sebarang keterangan lanjut daripada penganjur, namun ia sudah cukup membangkitkan adrenalin peminat Russell Peters di Malaysia.

Lawak Russell Peters bukannya sebarangan. Dia gemar bermain dengan isu sensitiviti kaum, tanpa mengira bangsa India, Arab, Cina & sebagainya. Kebanyakan peminat Russell memang sudah sedia maklum dengan isu-isu yang ingin dia sampaikan.

Jika anda mudah diserangi butthurt, jangan cuba rosakkan persembahan ye?

Kini, topik Russell Peters menjadi trending di Twitter dengan kedudukan di tangga ke-7.


Artikel Asal

Zaquan Dan Ayu Raudhah Hiasi Muka Depan Aniqah, Simpati Nasib Wanita

Bukan senang untuk melihat pasangan suami isteri ini menghiasi muka depan mana-mana majalah. Tahniah kepada team editorial majalah Aniqah yang berjaya mendapatkan mereka berdua. Tajuk “simpati nasib wanita” yang dibincangkan pun tampak menarik.

aniqah

Dan sebelum ini Media Hiburan ada membawakan satu video yang bertanya sama ada Zaquan ada memarahi Ayu yang dikatakan tetap tampil seksi walaupun sudah menjadi isteri orang.

Apa pun jangan lupa dapatkan majalah Aniqah untuk perkembangan terkini pasangan suami isteri ini.


PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Artikel Asal

Eksklusif : Detailing Baju Pertunangan Irma Hasmie

Hatta Dolmat Couture telah diberikan kepercayaan oleh Irma Hasmie untuk menghasilkan persalinan wanita sempena majlis pertunangannya yang berlangsung pada 24 Mac yang lepas.

Tugasan yang diterima pemilik Hatta Dolmat Couture, Hatta Dolmat perlu menitikberatkan imej Irma Hasmie yang kini lebih selesa menutup aurat, namun masih kekal elegan dan segar di mata si pemandang.

“Masa pertama kali Irma bertudung, memang saya yang buat baju dia. Ketika itu, dia memang bertegas untuk bertudung tutup terus,” ujar Hatta menceritakan pengalaman beliau mengolah idea rekaan baju.

Sambung Hatta lagi, “Jadi, saya fikirkan macam mana ye? Kemudian, saya terbayangkan imej ala zaman Greek dimana teknik draping digunakan bagi mewujudkan imej kain berlapis-lapisan (layered). Saya turut selitkan unsur islamik yang boleh dilihat pada corak bunga serta perincian batu kristal, pearl dan mutiara Swarovski pelbagai saiz.”

“Idea warna pula dicetus hasil perbincangan saya bersama Irma & jurumekap. Kami memilih warna baby blue atau middle east turqoise, serta gabungan tone daripada putih ke biru cair. Dari segi fabrik pula, saya menggunakan material chifon & sequin agar persalinan ini menyerlahkan lagi pesona Irma Hasmie.

“Selain itu, saya juga ambil nasihat daripada peminat Irma Hasmie agar pakaian yang dikenakannya tidak terlampau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh,” jelas Hatta yang kini menjadi pilihan utama ramai selebriti terkemuka.


Artikel Asal

3 Janji Taruhan Baru Slot Lestary Mengantikan Vanila Coklat

Demam Vanila Coklat telah melonjakkan nama Aiman Hakim Ridza dan Izara Aisyah menerusi siaran drama bersiri tersebut di slot Lestary TV3. Menyusuli Vanila Coklat, drama bersiri terbaru terbitan HJN Production Sdn bhd yang menggandingkan Liyana Jasmany, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskanda bakal menemui para peminat slot Lestary bermula malam tadi (20 Mac 2012), setiap selasa jam 9 malam.

Episod pertama sudah dipaparkan malam tadi dan rata-rata peminat drama tempatan memberikan respon yang positif di laman Twitter. Barangkali, kalau kena dengan jalan cerita, drama ini bakal meletupkan lagi rating TV3.

Drama bersiri 13 episod arahan Heykal Hanafiah ini berkisarkan 3 janji yang dibuat oleh Khursyi (Shahrizal Jaszle) terhadap Dalia (Liyana Jasmay), iaitu menjadi sahabat terbaik, kekasih terbaik dan suami yang terbaik.

Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti.

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dali mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.

Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di sana, Dalia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan.

Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut.

Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.

Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia? Kalau nak tahu, tontonlah drama 3 janji melalui slot Lestary, setiap selasa jam 9 malam, hanya di TV3.


Artikel Asal

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Tips Percintaan Selepas Berkahwin

Kesibukan sebagai ahli perniagaan untuk produk kecantikan Simplysiti tidak merencatkan perjalanan sosial Dato’ Siti Nurhaliza apabila beliau muncul di pelancaran Music Carnival 2012 anjuran CD-Rama yang berlangsung mulai 14-25 Mac 2012 di 1Utama.

Apatah lagi, kemunculan beliau turut dititipkan dengan khabar bahawa rekod jualan album Inggeris pertama berjudul “All Your Love” telah terjual sebanyak 2 juta salinan dalam masa 2 minggu selepas tarikh pelancaran pada September 2011.

Di kesempatan ini, rakan media Venusbuzz sempat bertemu dengan Dato’ Siti Nurhaliza dimana beliau telah berkongsi tips percintaan selepas berkahwin.

“Kebiasaanya bagi seorang wanita, suami yang diidamkan amat berlainan dengan jodoh. Jalan yang terbaik adalah kita harus memilih lelaki yang tahu menghargai, tahu mencintai kita sebagai seorang wanita. Jangan sesekali membiarkan lelaki mengambil kesempatan ke atas kita,” ujar Dato’ Siti Nurhaliza sambil ketawa kecil.

“Selain itu,  pasangan suami isteri harus jujur dan hormat antara satu sama lain. Kedua-dua pihak mesti mendahulukan aspek positif kehidupan masing-masing agar keluarga lebih bahagia. Ya, tidak lupa untuk melontarkan pujian kepada pasangan anda,” katanya lagi.

Tambah Dato’ Siti Nurhaliza, “Seorang wanita pula harus menjaga nilai feminin kerana itulah yang membezakan kita dengan lelaki. Bergantung kepada situasi, wanita harus bersikap tegas dan bersabar dengan dugaan yang dihadapi.”

Nota : Artikel ini diolah semula daripada Exclusive Interview : Dato’ Siti Nurhaliza on Love and Men


Artikel Asal

Pemberian Gaji Baru SSM Dan BR1M Kerajaan Malaysia

KOTA BHARU 25 Mac – Kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam berikutan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) antara lain melibatkan pelarasan gaji sehingga 13 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penambahbaikan SSM membuktikan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang merupakan kumpulan terpenting sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan.

“Ia melibatkan kos, implikasi kewangan yang tinggi, tetapi kita mampu menampung bukan sahaja kenaikan gaji, tetapi juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kosnya kira-kira RM2.6 bilion, kerana hasil meningkat dan peningkatan hasil itu dipulangkan kepada rakyat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam dan Taklimat Penambahbaikan SSM anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kelantan di Dewan Utama Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini. – UTUSAN


Artikel Asal

Mahu cantik, January Jones Makan Plasenta Sendiri

January Jones

SEPERTI yang sedia maklum, di Hollywood, selebriti-selebriti di sana sanggup melakukan apa sahaja demi kecantikan wajah.

Begitu juga dengan aktres January Jones, dia mengakui bahawa antara tips bagi mengekalkan kecantikan wajah adalah dengan memakan plasenta dari rahimnya.

Menurut laporan Bang Showbiz, Januari mula mengamalkan plasenta sejak melahirkan bayinya, Xander pada September tahun lalu dan bintang filem Mad Men ini percaya dengan memakan organ tersebut, dirinya akan lebih sihat.

“Saya mempunyai semangat yang tinggi apabila berbicara tentang hal-hal kesihatan dan akan memastikan pengambilan makanan kesihatan seperti, vitamin, teh serta plasenta yang telah dikapsulkan wajib dimakan.

“Memang bunyi plasenta agak menggelikan tetapi ia telahpun dikering dan dijadikan kepada bentuk vitamin,” katanya.

Tambah January cara pemakanan plasenta tersebut dianggap mistik seperti ingin melakukan sesuatu ritual, tetapi dia menegaskan hal itu tiada kaitan langsung, sebaliknya menyarankan kepada ibu-ibu di luar sana untuk menjadikan plasenta sendiri sebagai makanan tambahan.


Artikel Asal

Zaiton Sameon Bakal Adakan Konsert Pertama Selepas Tragedi 1990!

Masih ingat lagi dengan penyanyi tersohor negara satu masa dahulu iaitu Zaiton Sameon? OHBULAN! pasti jika peristiwa yang berlaku pada 21 Februari 1990 tidak terjadi pada Zaiton Sameon, dia pasti sudah menjadi seorang selebriti setaraf Ogy Ahmad Daud ataupun Datuk Sharifah Aini.

Terbaru dari penyanyi yang sudah menjangkau usia 55 tahun ini, dia dikhabarkan telah diberikan peluang untuk membuat persembahan dalam Konsert Amal Kebajikan Zaiton Sameon yang akan diadakan di Perak pada 7 April depan.

Sebelum ini, selepas Zaiton ditimpa tragedi ngeri yang meragut nyawa anaknya, dia jarang mendapat jemputan persembahan malahan dia hanya menampung hidup dengan menyanyi di majlis kahwin dan hanya dibayar sebanyak RM100 hingga RM200 untuk sekali persembahan.

“Selepas mengalami kemalangan ngeri pada 21 Februari 1990 yang menyebabkan kematian anak saya, ramai pihak tidak mempercayai kepada kebolehan saya menyanyi dengan baik. Melalui konsert ini saya akan buktikan bahawa saya masih mampu menyampaikan lagu dengan baik.” dipetik dari mStar Online.

Zaiton Sameon akan mengadakan Konsert Amal Kebajikan Zaiton Sameon di Raub, Pahang, Pulau Pinang, Rembau, Negeri Sembilan dan Tanjung Karang, Selangor. Namun masih belum ditetapkan lagi tarikh konsert tersebut.


Artikel Asal

Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya Pada 4 Mei 2012

Majlis Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya akan diadakan pada 4 Mei 2012  di Pullman Putrajaya Lakeside sekitar jam 8.30 malam.

Awal+Ashaari+dan+Scha+Al-Yahya

Sementara itu, Majlis Resepsi pula akan diadakan pada 6 Mei 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada masa yang sama, Astro yang mendapat hak siaran perkahwinan tersebut, akan menyiarkan sebanyak enam episod eksklusif persiapan perkahwinan mereka, di Astro Ria, manakala majlis pernikahan pula akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Awani.


Artikel Asal

Hong Kong Disneyland : Hari Pertama Yang Mengujakan!

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kami akan berkongsi dengan para pembaca keseronokan berada di Hong Kong Disneyland yang terletak di Pulau Lantau.

Perjalanan hari pertama krew OHBULAN! bermula pada jam 0625 menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Sesampainya disana pada jam 1025, kami bergegas menaiki tren dari lapangan terbang dan terus sampai ke terminal yang menghubungkan kesemua pengangkutan awam.

Ini adalah suasana dalam MTR dari lapangan terbang menuju ke Disneyland. Apa yang perlu anda tahu ialah, MTR ini adalah tren yang khas disediakan untuk menuju ke Disneyland.

Disana, krew OHBULAN! menaiki teksi berwarna hijau (Teksi Wilayah Baru) dan tambang kami dari lapangan terbang ke Disney’s Hollywood Hotel, Hong Kong berjumlah HK$ 115 (RM45). Sesampainya di hotel, kami terus ‘check-in’ ke dalam bilik yang sudah disediakan.Untuk pengetahuan, Disney’s Hollywood Hotel adalah hotel 5 bintang dan perkhidmatan yang diberikan sangatlah memuaskan hati pelanggan yang datang.

Kemudahan di bilik hotel ini sangatlah menarik sehinggakan ada saputangan yang telah mereka lipat secara kreatif dan suasana didalam bilik juga membuatkan anda seperti berada di alam Disney! Bukan setakat itu, pemandangan dari tingkap bilik hotel juga sangatlah cantik kerana ia menghadap ke arah laut dan dari situ, kami boleh melihat pemandangan pulau-pulau kecil di sekitar Pulau Lantau.

Jika anda mahu membeli barang-barang cenderamata Disneyland, di bahagian lobi ada disediakan kedai cenderamata untuk anda yang tidak sempat membelinya di taman hiburan Disneyland. Selain itu, terdapat juga restoran dan restoran untuk anda mengisi perut jika lapar. Maklumlah, cuaca disana kan sejuk.

Selepas menyiapkan diri, krew OHBULAN! telah dibawa menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran yang terletak di sebuah lagi hotel berdekatan, Hong Kong Disneyland Hotel. Disana, kami disajikan dengan makanan yang lazat dan sesuai untuk semua golongan.

Sebagai info untuk anda, Hong Kong Disneyland terletak di Pulau Lantau dan berkeluasan lebih 55 ekar . Disneyland ini mempunyai 5 bahagian yang berlainan iaitu, Main Street USA, Adventureland, Tomorrowland, Fantasy Land dan juga Toy Story Land.

Paling terbaru dari Hong Kong Disneyland, mereka telah menubuhkan taman tema “Toy Story Land” pada 17 November 2011 dan ia bakal menjadi satu lagi daya tarikan bagi pengunjung-pengunjung Disneyland dari seluruh dunia. Apa yang menarik disini, Toy Story Land menggunakan pokok buluh sebagai rumput gergasi dan dihiasi dengan watak-watak dari filem animasi “Toy Story” yang telah diperbesarkan. Jika sebelum ini anda pernah pergi ke Hong Kong Disneyland, OHBULAN! rasa anda perlu datang kembali untuk menikmati keseronokan di bahagian ini, Toy Story Land.

Apa yang lebih menarik, “Toy Story Land” hanya ekslusif dibina di Hong Kong Disneyland dan ianya tiada dimana-mana Disneyland lain diseluruh dunia!

Untuk menuju ke Disneyland dari hotel, perjalanan mengambil masa tidak lebih 15 minit dan pengangkutan awam seperti bas dan teksi memang ada disediakan khas untuk para pengunjung Disneyland. Perkhidmatan “shuttle bus” disediakan percuma untuk para pengunjung tidak kira anda menetap di hotel ataupun tidak. Jadi, pengangkutan tidak akan menjadi masalah kepada kita untuk berseronok di Hong Kong Disneyland namun teksi masih tetap menjadi pengangkutan yang paling sesuai untuk anda. Sesampainya disana, kami dibawa menuju ke air pancut dan diberi masa untuk mengambil gambar kenangan.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama krew OHBULAN! menjejakkan kaki ke Disneyland. Dan ini merupakan satu pengalaman yang begitu berharga untuk berkongsi bersama anda. Sesampainya disana, kami terus menuju ke Main Street U.S.A. untuk menyaksikan “Flights of Fantasy Parade” yang bermula jam 1530 dan ia merupakan sebuah perbarisan yang sangat menghiburkan. Kami akan siarkan gambar perbarisan ini lebih lagi dalam entri seterusnya ya!

Selepas habis menonton perbarisan itu yang berlangsung selama hampir sejam, kami dibawa pula menonton sebuah persembahan, “The Golden Mickey” di Fantasyland.Persembahan yang bermula sekitar 1700 itu benar-benar memukau mata para penonton.Apa lagi kami yang mendapat peluang duduk di hadapan sekali.Dengan koreografi, muzik, dan nyanyian yang menarik hati, persembahan “The Golden Mickey” sememangnya sebuah persembahan bertaraf dunia. Jika anda pernah menonton dan meminati kartun seperti Tarzan, The Mermaid, Alladin dan macam-macam lagi ketika kecil, maka “The Golden Mickey” adalah tempat yang harus anda wajib pergi jika ke Disneyland Hong Kong!
Mari tonton sedikit sedutan dari persembahan The Golden Mickey selepas ini!

Kemudian, kami dibawa pula ke Adventureland yang menempatkan permainan dan hiburan yang berbentuk penjelajahan.Disana, kami menaiki “Jungle River Cruise” yang membawa para pengunjung bersiar-siar dengan suasana hutan dan haiwan-haiwan liar.Perjalanan menaiki bot itu diselangi dengan kapten bot yang bercerita dengan penuh semangat.Ia benar-benar menaikkan adrenalin kami.

Sehabis sesi “Jungle River Cruise”, krew OHBULAN! dibawa ke Toy Story Land, satu lagi bahagian didalam Disneyland Hong Kong yang baru saja dibangunkan pada tahun lepas. Apa yang menarik disini, pokok-pokok buluh ditanam seakan-akan rumput, kesemua watak Toy Story lebih besar dari saiz pengunjung dan ini mewujudkan suasana dimana para pengunjung merasa diri mereka lebih kerdil. Kesemua permainan hiburan yang ada di Toy Story Land haruslah dicuba kerana ia menjanjikan satu perasaan yang memuaskan.

Antara permainan yang wajib anda cuba ialah “Slinky Dog Spin”, “RC Racer”, dan juga “Toy Soldier Parachute Drop”. Saat krew OHBULAN! menaiki “RC Racer”, sememangnya terasa adrenalin didalam badan membuak-buak. Manakan tidak, hampir luluh jantung kami apabila kereta itu turun laju dari treknya. Tapi itu bukan masalahnya kerana apa yang pasti, anda akan merasa kepuasannya yang tidak terhingga.

Tidak kurang juga “Toy Soldier Parachute Drop”, jika anda belum pernah menaiki payung terjun, inilah saatnya anda mengambil peluang untuk menikmati perasaan ketika turun dengan payung terjun. Seakan dibuai angin, “Toy Soldier Parachute Drop” memberikan satu kepuasan tanpa perlu menaiki payung terjun yang sebenar.

Selepas selesai mencuba semua permainan, kami dibawa pula ke Main Street Corner Café untuk menikmati hidangan makan malam yang sememangnya telah ditempah khas oleh pihak Disneylan Hong Kong yang telah menaja perjalanan krew OHBULAN!.

Pada para pengunjung, tepat jam 2000, persembahan bunga api “Disney In The Stars” akan menyerikan lagi malam anda sebagai penutup kepada hari yang penuh kegembiraan. Apa yang pasti, pertunjukan bunga api selama hampir 15 minit ini benar-benar memukau dan mengasyikkan. Apa tidaknya, dengan berlatarbelakangkan istana Disney, bunga api meletup dengan penuh cantik dan memukau.

Sampai sini sahaja untuk laporan hari pertama di Disneyland Hong Kong! Ingin bercuti bersama keluarga, tak perlu pergi jauh-jauh. Perjalanan dari Malaysia ke Hong Kong hanya mengambil masa 3 jam 40 minit menaiki kapal terbang. Kami pasti ianya amat berbaloi pada anda yang suka melancong.

Maklumat lanjut, layari Hong Kong Disneyland sekarang!

Apa pun, mari lihat gambar – gambar menarik sekitar Disneyland Hong Kong dulu ya!


Artikel Asal

Fouziah Gous Akui Bercinta Dengan Datuk Seri Berstatus Duda

Argh ~~~ Pasti ramai yang bertambah kecewa apabila seorang demi seorang artis wanita hot di Malaysia mengumumkan status mereka sebagai not available. Yang terbaru, Fouziah Gous membuat pengakuan ekslusif kepada Mstar Online yang dia sekarang sedang bercinta dengan seorang Datuk Seri yang berstatus duda.

fouziah gous bercinta

Kata Fouziah Gous:-

Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya. Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini.

Apabila ditanya tentang kelibat dirinya yang sering kali dilihat bersama dengan kekasihnya itu di acara-acara hiburan, Fouziah Gous berkata:-

Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu.Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain.

Kepada yang kecewa dengan berita ini, jangan sedih-sedih. Doakanlah kebahagiaan Fouziah Gous. Kalau sudah memang tertulis jodohnya dengan Datuk Seri ini, semoga segala urusan ke arah itu dipermudahkan. Tahniah kepada Fouziah Gous sekali lagi atas berita gembira ini.


PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Artikel Asal

Khairul Fahmi Che Mat Dan Leuniey Bakal Menjayakan Iklan Produk Minyak Wangi SimplySiti

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Khairul Fahmi ialah bersama SimplySiti. Tambah menarik ialah apabila gadis yang pernah dikaitkan dengan Apek iaitu Leuniey turut akan terlibat di dalam pengiklanan minyak wangi SimplySiti ini. Memang murah sungguh rezeki Apek dan Leuniey.
apek simplysiti

Patutlah baru-baru ini Apek ada pergi jumpa Dato’ Siti untuk makan tengah hari. Inilah projek yang dibincangkan rupanya. memang beruntung jadi Apek. Sudahlah dilantik jadi duta Puma, kini terlibat pula dengan pengiklanan Simply.

apek simplysiti

Minyak wangi SimplySiti yang diberi nama Eau de Parfum Simplysiti dihasilkan dalam tiga haruman yang berbeza iaitu Pure, Memoir dan Precious. Tengok packaging pun dah teruja Abang Nara dibuatnya. Confirm wangi punya.

leuniey dan siti

UPDATE: Di atas ialah salah satu gambar Leuniey berposing dengan Dato’ Siti.


PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Artikel Asal

Monday Music: Single Terbaru Maher Zain Berjudul “Number One For Me”, Khas Untuk Ibu Anda!

Masih berfikir lagu apa yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu anda? Tak salah jika kita berikan kejutan pada ibu kita walaupun hari lahir mereka belum tiba, kerana bagi OHBULAN!, setiap hari adalah hari ibu.

Terbaru, single dari Maher Zain, penyanyi yang sentiasa menjadi idola rakyat Malaysia ini telah melancarkan single dari album terbarunya. Untuk pengetahuan, album terbaru Maher Zain akan dilancarkan pada 2 April 2012 dan jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan album Maher Zain ini.

Apa pun, mari layankan MV berjudul “Number One For Me” dari Maher Zain selepas ini!


Artikel Asal

Foto: Stacy Sudah Bergelar “Ibu”, Bergambar Bersama Anak?

Jangan salah sangka pula ya, semua orang boleh bergelar ayah dan ibu. Kali ini, menurut sebuah laman gosip tempatan, Stacy sudah boleh digelar “ibu” kerana kini dia sudah mempunyai seorang anak angkat yang baru berusia satu bulan.

Bayi dalam gambar dipercayai anak angkat penyanyi yang popular dengan lagu-lagu rancak ini, diberikan nama Bella Valentina dan diambil dari sebuah keluarga susah yang memerlukan bantuan untuk menjaga bayi kecil ini.

Jika betul khabar angin ini, ia agak menarik perhatian kami, walaupun belum berkahwin dan masih muda, Stacy masih tetap mempunyai jiwa penyayang seperti ibu-ibu yang lain. Selebriti lain patut mencontohi niat suci mereka ini. Sebelum ini, artis seperti Almy Nadia dan Umie Aida juga telah membela anak angkat.

Mari lihat gambar bayi yang dipercayai anak angkat dan dibela oleh Stacy selepas ini ya!


Artikel Asal

Audio: OST Filem “Ngorat” Di-Upload Ke Youtube, Lakonan Aaron Aziz & Erra Fazira

OHBULAN! agak tertarik dengan lagu tema filem terbaru Prof. Abdul Razak Mohaideen yang berjudul “Selama Ini”.

Semalam, satu e-mail dari pembaca telah menghantar link video yang anda semua harus dengar suara lelaki dalam video ini. Kami sendiri tidak pasti siapakah penyanyi asalnya.

Menurut sumber, filem “Ngorat” akan berada di pawagam pada bulan Julai tahun ini. Mari layankan sebentar lagunya ya!


Artikel Asal

Foto : Bruno Mars, Model Lelaki Ke-10 Majalah Playboy!

Penyanyi paling sensasi abad ini, Bruno Mars muncul sebagai model lelaki yang ke-10 dalam majalah Playboy edisi keluaran khas, Sex And Music. Tampil bersama Bruno Mars ialah model anggun yang digelarkan sebagai Miss April, Raquel Pomplun.

Dalam gaya retro-tropicana, Bruno Mars menjadi sasaran wanita dalam sesi photoshoot yang dikendalikan oleh jurufoto bangsa Irish yang terkenal, Tony Kelly. Selain itu, Bruno turut menjadi mangsa rebutan 2 orang wanita, dimana seorang wanita mencium bibirnya, manakala seorang lagi merenungnya dengan perasaan cemburu.

Secara tidak langsung, penerima anugerah Grammy ini telah menyertai ‘kelab’ model lelaki Playboys bersama beberapa selebriti atau orang ternama seperti Peter Sellers, Burt Reynolds, Steve Martin, Donald Trump, Jerry Seinfeld, Gene Simmons dan Seth Rogen.

Menurut editor Playboy, tema retro-tropicana menjadi inspirasi Playboy keluaran khas kerana mereka mengambil kira sejarah hidup Bruno Mars yang berasal daripada Honolulu, Kepulauan Hawaii.

Enjoice foto selepas ini.


Artikel Asal

Rumah Agam Michael Jackson Dijual, $USD 23.9 Juta!

Rumah agam dimana Michael Jackson menemui ajalnya akan dijual sekali lagi untuk harga sehingga mencecah $USD 23.9 juta.

Rumah berkenaan telah pun dibuka kepada pasaran sejak Isnin yang lepas dan kebanyakan selebriti Hollywood yang berminat akan hadir ke sesi pra tonton pada hari esok. Hartanah sebesar 17 000 kaki persegi dikatakan tidak mempunyai sebarang perabot sejak kematian MJ. Rumah ini mengandungi 13 bilik mandi, sebuah kolam renang, rumah tetamu dan elevator.

Bagaimanapun, pengurus hartanah Beverly Hils, Maurico Umansky hanya akan menunjukkan hartanah itu kepada pembeli yang serius dan berkelayakan. Ini juga bermaksud mereka harus menepati  kriteria yang tertentu sebelum dibenarkan membeli rumah agam berkenaan.

Sumber : TMZ.


Artikel Asal

Artis Tak Cukup Umur, Pergi “Clubbing”?

Hamboi, terkejut kami saat membaca artikel ‘Soseh-soseh’ Harian Metro hari ni. Mana tidaknya, dikejutkan pula dengan isu artis remaja yang tidak cukup umur masuk ke kelab malam!

Bukannya apa, Malaysia ini bukannya macam Hollywood, sesuka hati masuk sana-sini macam Justin Bieber. Lagi-lagi tak cukup umur, silap haribulan, kalau ada operasi, memang dengan artis-artis tersebut masuk lokap. Kan dah memalukan keluarga dan diri sendiri.

Sebenarnya, OHBULAN! sendiri masih tertanya-tanya siapakah artis tersebut. Perempuan ataupun lelaki? Sebab sebelum ini pun, banyak kali kawan rapat OHBULAN! ada memberitahu mengenai seorang artis remaja lelaki yang selalu keluar masuk kelab dan bergaul dengan rakan-rakan yang minum alkohol. Kalau merokok itu, mungkin boleh OHBULAN! diamkan lagi, nak dibandingkan dengan remaja-remaja sekarang semua lagi teruk. Depan sekolah pun merokok.

Tapi kalau belum cukup umur sudah masuk kelab malam, itu membimbangkan. Siapa tahu apa akan terjadi kepada artis remaja ini kan? Mungkin boleh terpengaruh pula dengan minuman keras. Haih, rosak rosak.

Anda rasa, siapakah gerangan artis remaja ini ya?


Artikel Asal

Tempias Filem Bunohan, Editor Dimaki

Filem Bunohan yang dipercayai memberikan revolusi baru kepada industri perfileman tanah air nampaknya kurang berjaya menarik perhatian penonton tempatan. Nak kata silap percaturan pemasaran, rasanya pihak penerbit sudah melakukan yang terbaik. Bukan itu sahaja, beberapa media tempatan turut memberikan review yang amat baik untuk filem Bunohan.

Malah, tempias filem Bunohan turut terkena ‘badinya’ terhadap seorang individu lelaki gila di laman Facebook. Barangkali, individu ini terlampau menjiwai watak Ilham lakonan Faizal Hussein, pembunuh upahan ganas penuh misteri yang sudah 20 tahun meninggalkan kampungnya.

Al-kisahnya, editor ini terperasan dengan status Facebook 2 orang wanita yang bercerita sesama sendiri mengenai filem Bunohan. Atas dasar ingin berkongsi cerita, editor ini meninggalkan komen berbentuk umum berbunyi, “Filem Bunohan ini memang berat sedikit, kena tonton betul-betul baru boleh faham.”

Bagaimanapun, niat baik editor ini telah disalahertikan oleh lelaki gila yang dipercayai mempunyai hubungan peribadi dengan salah seorang wanita itu.

Seakan kanak-kanak pra-matang, lelaki gila itu mula menyerang & menghina peribadi editor termasuk kaum keluarganya. Difahamkan, lelaki gila yang dipercayai seorang pelajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur ini turut menghantar ugutan kepada editor ini agar tidak menganggu teman wanitanya.

Antara komen yang menyentuh sensitiviti keluarga berbunyi, “Eh, mak ko bohsia ke?”

Paling memilukan, lelaki gila itu melontarkan komen-komen menghina dengan menggunakan akaun Facebook teman wanitanya. Fuh, bukan main kuat jeles ye? Paranoid, mungkin?

Kata editor ini, “Sampai hari ini aku terpinga-pinga, salah ke aku share story pasal filem? Atau, sebab awek dia memang minat kat aku? Ha Ha! Boleh sewel layan orang macam ni!”

Jom tonton filem Bunohan di pawagam sekarang! Kami jamin filem ini adalah satu-satunya filem Melayu yang bisa membuat kita berfikir panjang.

P/s: Kerana Facebook, badan binasa. Ye tak?


Artikel Asal

Music: Pixie Lott Berkolaborasi Dengan Penyanyi K-Pop, GD & T.O.P Untuk “Dancing On My Own”!

Apa yang OHBULAN! boleh cakap ialah, terbaik!
Siapa yang tak kenal dengan Pixie Lott? Penyanyi cantik yang baru berusia 21 tahun ini telah berkolaborasi bersama dua nama besar dari Korea Selatan iaitu G-Dragon dan T.O.P! Lagu berjudul “Dancing On My Own” ini telah menggunakan suara kedua penyanyi kacak dari Korea Selatan ini untuk bahagian ‘rapping’.
OHBULAN! pasti anda akan berfiir sejenak, bagus juga bahasa Inggeris yang dituturkan oleh G-Dragon dan T.O.P. Apa pun, mari dengar sendiri dahulu dan apa kata anda? Ok atau KO?
Artikel Asal

Post Event : 12 Jam Tanpa Henti Future Music Festival Asia


Future Music Festival Asia, festival muzik terbesar di Malaysia seiring dengan pembukaan rasmi minggu Malaysian F1 Grand Prix menyaksikan perhimpunan seramai 20 000 peminat di Litar Antarabangsa Sepang sejak pagi Sabtu lepas.
Ramai orang mula membanjiri 2 pintu masuk utama yang disediakan. Ia merupakan pemandangan yang jarang kita lihat, dimana para peminat muzik sanggup berada di bawah terik panas matahari dengan pakaian serta kostum yang unik. Ia memberikan reflek kepada atmosfera festival yang ceria dan riang.

Festival kali ini juga menyaksikan orang ramai yang hadir daripada seluruh Asia – Singapura, Thailang, Indonesia, Filipina dan India. Tak lupa, para pelancong daripada seluruh Eropah, Amerika dan wakil daripada Australia, tempat asal Future Music Festival.
Festival ini dimulakan dengan perasmian daripada Menteri Pelancongan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen. Memetik kata-kata beliau, dia menyuarakan agar festival ini beroleh kejayaan yang tinggi supaya ia bisa menjadi panduan kepada acara-acara muzik dan festival yang akan datang.

“Kita sudah berjaya menjadi hos kepada beberapa festival muzik bertaraf antarabangsa seperti Rainforest World Music Festival, Penang World Music Festival dan Borneo International Jazz Festival. Future Music Festival Asia sudah tentu menjadi acara yang dinantikan dalam kalendar kelak,” kata beliau lagi.
4 pentas – Flamingo, Las Venus, Future dan Gnome, termasuk beberapa lokasi permainan seperti Ferris Wheel & Reverse Bungee, memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung. Permainan interaktif turut disediakan seperti tarian hip hop, simulator kereta dan ruangan rehat untuk pengunjung. Selain itu, sebuah dinding grafitti disediakan dimana artis berpeluang menunjukkan hasil seni mereka kepada orang ramai. Barisan booth di Food Village dan penaja, MINI merupakan tarikan kepada pengunjung juga.

70 penghibur yang datang daripada pelbagai genre memberikan persembahan hebat bermula pukul 2 petang sehingga tamat pada pukul 3 pagi. Festival ini sudah tentu menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh sekalian peminat muzik yang hadir pada hari tersebut.
Acara malam dimulakan dengan persembahan oleh Tinie Tempah, rappers popular daripada United Kingdom yang sering diiringi dengan chorus suara penyanyi pop atau rock. Beliau muncul dengan persembahan hebat, aktif di atas pentas tanpa rasa penat.

Pendulum, kumpulan drum dan bass yang berasal daripada Australia, muncul versatil – bermula dengan kegilaan rentak heavy metal kepada dub step. Kombinasi rentak dan melodi yang berubah-ubah ini mendapat sambutan hebat daripada penonton dan sekaligus berjaya mengubah persepsi orang ramai mengenai DJ.
Future Music Festival Asia adalah anjuran bersama Livescape Asia dan Future Entertainment Australia. Festival ini turut mendapat perhatian daripada Kementerian Pelancongan Malaysia serta disokong oleh Mini Cooper, Red Bull dan Heineken.

Untuk maklumat lanjut, halakan kursor anda ke http://www.futuremusicfestival.asia/ atau http://www.facebok.com/futuremusicasia.
Artikel Asal

Britain’s Got Talent : Duo Opera Charlotte & Jonathan, Pemalu Tapi Berbakat!

Bersedia untuk menghayati suara duo opera yang pemalu dan introvert, Jonathan & Charlotter Jaconelli yang dicungkil bakatnya daripada rancangan realiti Britain’s Got Talent.
Bermula dengan sedikit gugup, Jonathan dan Charlotte terus menangkap perhatian penonton dengan lontaran suara di bahagian chorus lagu “The Prayers – Josh Groban & Charlotte Church”.
Simon Cowell pada mulanya agak skeptikal dengan persembahan mereka berdua. Bagaimanapun, dia berpendapat persembahan Jonathan masih kuat walaupun jelas gementar di atas pentas.
Tonton video di sini.
Artikel Asal

“Back In Time – Pitbull” Lagu Tema Filem Men In Black 3

Lagu “Back In Time” telah diumumkan sebagai tema kepada filem aksi komedi Men In Black 3 oleh Presiden Sony Pictures, Lia Vollak, hari ini. Lagu ini boleh didapati secara digital dan dimainkan melalui radio mulai 26 Mac 2012. Men In Black 3 akan ditayangkan secara 3D melalui panggung wayang seluruh dunia pada 25 May 2012.
“Back In Time” telah dicipta oleh Pitbull, Marc Kinchen, Adrian Trejo dan Urales Vargas turut menampilkan sampel lagu “Love Is Strange” yang pernah hit pada tahun 1950-an.
“Ini merupakan penghormatan yang tertinggi kerana dapat bekerjasama menjayakan rangkaian filem Men In Black dan saya amat menghormati Will Smith (pelakon utama), terutamanya dari segi minat terhadap muzik,” kata Pitbull.
“Ingin mencipta lagu yang menarik dan moden, kami turun menggunakan slogan daripada filem ini dan dimuatkan dalam lagu tersebut seperti ayat ‘in order to understand the future, you have to go back in time.’”
Pengarah filem, Barry Sonnenfeld turut berkata, “Anak perempuan saya amat mengemari Pitbull dan daripada situ saya mula mengenali penghibur ini. Saya amat gembira apabila dia telah mencipta sebuah lagu yang hebat untuk filem kami.”
Trailer selepas ini.
Artikel Asal