3 Janji Taruhan Baru Slot Lestary Mengantikan Vanila Coklat

Demam Vanila Coklat telah melonjakkan nama Aiman Hakim Ridza dan Izara Aisyah menerusi siaran drama bersiri tersebut di slot Lestary TV3. Menyusuli Vanila Coklat, drama bersiri terbaru terbitan HJN Production Sdn bhd yang menggandingkan Liyana Jasmany, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskanda bakal menemui para peminat slot Lestary bermula malam tadi (20 Mac 2012), setiap selasa jam 9 malam.

Episod pertama sudah dipaparkan malam tadi dan rata-rata peminat drama tempatan memberikan respon yang positif di laman Twitter. Barangkali, kalau kena dengan jalan cerita, drama ini bakal meletupkan lagi rating TV3.

Drama bersiri 13 episod arahan Heykal Hanafiah ini berkisarkan 3 janji yang dibuat oleh Khursyi (Shahrizal Jaszle) terhadap Dalia (Liyana Jasmay), iaitu menjadi sahabat terbaik, kekasih terbaik dan suami yang terbaik.

Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti.

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dali mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.

Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di sana, Dalia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan.

Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut.

Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.

Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia? Kalau nak tahu, tontonlah drama 3 janji melalui slot Lestary, setiap selasa jam 9 malam, hanya di TV3.


Artikel Asal

No comments:

Post a Comment