Michael Schumacher & Nico Rosberg Temui Peminat Di KLCC

Bagaikan satu mimpi indah buat peminat MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1 apabila dapat bertemu secara serampang dua mata bersama Michael Schumacher & Nico Rosberg di ruangan Concourse, KLCC petang tadi.
Lebih kurang 1000 peminat membanjiri ruangan Concourse untuk sesi ‘meet and greet’ bagi mendapatkan tandatangan eksklusif bersama kedua-dua pemandu bertaraf dunia ini. Selain itu, peminat turut berpeluang mendapatkan cenderahati yang dijual dengan harga berpatutan di ruangan yang sama.

Kedatangan mereka turut disambut dengan pameran PETRONAS Malaysia Grand Prix yang berlangsung sehingga 25 March 2012. Unik sekali, peminat boleh melihat kereta F1 milik MERCEDES AMG PETRONAS ini digantung di ruangan masuk Dewan Filharmonik.Ia memberikan pandangan daripada bawah supaya anda lebih memahami teknologi aerodinamik yang menjadi kebanggaan pasukan ini.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat bahagian bawah kereta F1 ini kerana peluang ini hanya muncul sekali sahaja. Atau, anda hanya akan bernasib baik apabila kereta F1 terpelanting di atas litar.
Projek yang diberi nama ‘The Suspended Formula 1 Cars’ , menggunakan binaan rangka struktur besi yang melihatkan 20 jurutera dan juruteknik. Difahamkan, mereka menggunakan masa selama 14 hari untuk menghasilkan fabrikasi, ujian dan memasang. Tonton video untuk keterangan yang lebih lanjut.
Artikel Asal

No comments:

Post a Comment