Metallica Akan Datang Ke Malaysia?

Band bertaraf lagenda, Metallica dikhabarkan akan hadir membuat persembahan secara Live di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi. Desas-desus mengatakan bahawa Metallica akan mengadakan persembahan selama 2 jam di Kuala Lumpur, berkemungkinan lokasi persembahan akan berlangsung di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.
Pihak penganjur dikatakan turut mengambil langkah lebih berhati-hati serta menyusun strategi bagi mengelakkan kontroversi Erykah Badu berulang kembali.
Difahamkan juga, kos untuk menjemput Metallica mengadakan persembahan di sini menelan belanja hampir USD 2 juta. Itu belum termasuk dengan kos promosi, peralatan muzik dan sebagainya.
Metallica yang kini dianggotai oleh Kirk Hammett, Lars Ulrich, James Hetfield dan Robert Trujillo berkemungkinan akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti One, Nothing Else Matter & Enter Sandman.
Sebelum ini, OHBULAN! pernah mengeluarkan artikel Konsert Metallica Live In Kuala Lumpur, Disember Ini. Kos USD 5 Juta? . Bagaimanapun, tiada sebarang berita lanjut mengenainya.
Artikel Asal

No comments:

Post a Comment