Sukar Bangun Awal Punca Shahrizal Jazsle Selalu Timbulkan Masalah

Pelbagai khabar angin bertiup mengenai masalah disiplin yang selalu ditimbulkan oleh Shahrizal Jazsle ketika berada di set penggambaran. Itu belum kira lagi dengan kontroversi hubungannya sebelum ini dengan beberapa pelakon wanita tempatan.
Namun begitu, kita lupakan sebentar dan mari dengar pula penjelasan dari mulut Shahrizal sendiri. Ya, OHBULAN! tahu ramai yang tidak sukakan Shahrizal Jazsle, biasalah kan, artis baru tapi semua di’kaut’nya.
Ketika sesi sidang akhbar pelancaran drama dari slot Lestary yang berjudul “3 Janji” telah memberikan kami peluang untuk mendapatkan penjelasan menyeluruh mengenai masalah yang menimpa pelakon filem “Azura 2012? ini.
“Sejak akhir-akhir ini, saya ada masalah bangun lambat. Saya sendiri pun tak tau kenapa saya bangun lambat,” ujar Shahrizal memulakan perbualan.
Shahrizal menjelaskan walaupun dia sudah menyediakan loceng jam untuk bangun pagi, namun dirinya masih tetap sukar untuk bangun tidur. Masalah ini dikatakan berpunca dari Shahrizal sendiri yang mengaku bahawa dia sukar untuk tidur awal. Disebabkan itu, Shahrizal mengambil nasihat kakaknya yang juga seorang doktor.
“Kakak saya ada memberikan saya pil supaya senang tidur, namun setelah memakannya, hampir 2 hari pula saya tidur,” jelas Shahrizal lagi.
Shahrizal ketika ditanya adakah dia ada mengambil jalan untuk menyelesaikan masalah yang menimpa dirinya ini, jelasnya, dia akan cuba mengatasi masalah ini sendiri. Dia turut menjelaskan bahawa isu putus cintanya dengan Miera Liyana juga bukan punca dia bangun lambat.
Dalam pada itu, Shahrizal telah diberi kepercayaan oleh pengarah drama “3 Janji”, Heykal Hanafiah, untuk membawa watak Kursyi dan digandingkan bersama Liyana Jasmay untuk drama bersiri 13 episod ini.
Artikel Asal

No comments:

Post a Comment