Wanie Protege Ferhad Dikeluarkan Daripada Mentor Kerana Masalah Kesihatan

Kasihan pun ada dengan nasib yang menimpa Wanie, proteger Ferhad untuk Mentor 6 ini. Cita-citanya untuk meneruskan perjuangan di Mentor nampaknya sudah tamat. Oleh kerana masalah kesihatan, Wanie telah pun dikeluarkan daripada rancangan Mentor.

Menurut info yang dibaca, Wanie telah 2 kali pengsan semasa sesi latihan bersama Ferhad. Apabila dibawa berjumpa doktor, Wanie disahkan memiliki low blood pressure. Atas nasihat doktor, Wanie dibawa keluar kerana kejadian tersebut boleh berulang bila-bila masa sahaja terutama sekiranya Wanie tertekan.

Namun Wanie 18 tahun tidak dapat menerima keputusan yang telah diambil oleh pihak produksi Mentor. Wanie memohon agar diberi peluang kedua namun telah ditolak. Pihak produksi tidak mahu mengambil risiko sekiranya terjadi apa-apa yang tidak elok kepada Wanie. Kesihatan harus diutamakan.
Hmmmmm. Kesian pun ada jugak Abang Nara dengan si Wanie ini. Tapi apa boleh buat, kesihatan harus diutamakan. Kang tak pasal-pasal tengah buat live show tiba-tiba pengsan. Tak ke huru hara jadinya nanti? Apa pun Abang Nara sedang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada Wanie sendiri mengenai hal ini. Nantikan. Info daripada portal GUA.
.
Artikel Asal

No comments:

Post a Comment